Israel roboh struktur rumah Palestin di Tebing Barat

WorldPolitics
3 Nov 2026 • 7:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Israel roboh struktur rumah Palestin di Tebing Barat

BAITULMUQADDIS: Israel mengeluarkan 9,518 notis perobohan dan arahan menghentikan kerja pembinaan terhadap bangunan serta struktur milik rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki sejak 2015.

Menurut Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan Palestin, daripada jumlah itu sebanyak 9,174 notis dikeluarkan antara 2015 hingga 2025, manakala 344 lagi direkodkan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Suruhanjaya itu berkata, notis berkenaan menyebabkan kerja pembinaan dihentikan dan harta benda penduduk berdepan ancaman perobohan, lapor agensi berita Anadolu.

Keadaan itu turut menjejaskan kehidupan keluarga Palestin dan menyekat usaha komuniti membina kediaman, memperluas kemudahan awam serta meneruskan kegiatan ekonomi.

Bagaimanapun, suruhanjaya itu menjelaskan angka berke­naan tidak merangkumi semua notis yang dikeluarkan pihak berkuasa Israel.

Sebaliknya, data itu berdasarkan kes yang direkodkan suruhanjaya berkenaan dan rakan pertubuhan undang-undang, termasuk Pusat Bantuan Guaman dan Hak Asasi Manusia Baitulmuqaddis serta Persatuan St Yves.

Hebron mencatatkan jumlah notis tertinggi iaitu 2,697, diikuti Bethlehem dengan 1,310 notis, Ramallah, al-Bireh (1,118) dan Baitulmaqdis (929).

Jumlah notis tahunan ter­tinggi direkodkan pada 2023 iaitu sebanyak 1,333, berbanding 701 pada 2015.

Dalam perkembangan berasingan, data Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu (OCHA) menunjukkan hampir 12,000 struktur dirobohkan dalam tempoh sama. Ia termasuk 1,698 struktur yang dibina menggunakan dana bantuan pender­ma.

Operasi perobohan itu menyebabkan lebih 18,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal dan menjejaskan kehidupan kira-kira 843,000 penduduk, menurut OCHA.

Pejabat PBB itu merekodkan perobohan yang dilakukan atas pelbagai alasan, termasuk ketiadaan permit pembinaan yang dikeluarkan Israel, sebagai langkah hukuman atau ketika operasi ketenteraan.

The post Israel roboh struktur rumah Palestin di Tebing Barat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved