Israel sebabkan sukar untuk dapatkan angka sebenar korban Gaza

16 Nov 2023 • 12:49 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Pihak berkuasa kesihatan Palestin berkata sudah semakin sukar untuk mendapatkan angka korban yang tepat dari Gaza berikutan kemusnahan hospital dan sistem kesihatan di sana.

Kementerian Kesihatan Palestin telah mengeluarkan angka korban yang sentiasa dikemas kini daripada pengeboman Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.

Tetapi apabila tentera Israel telah masuk semakin jauh ke Gaza dan infrastruktur komunikasi dihancurkan, hubungan dengan hospital telah terputus dan pengumpulan data yang sistematik menjadi bermasalah, kata kementerian itu pada hari Rabu.

Jumlah terkini sejak 7 Oktober menunjukkan 11,320 orang terbunuh, termasuk 4,650 kanak-kanak atau bawah umur. Selain itu, 202 kakitangan perubatan telah terbunuh dan 3,600 orang awam, termasuk 1,750 kanak-kanak telah diisytiharkan hilang, kata kementerian itu.

Seorang pegawai dari Hamas berkata pada hari Selasa, 25 daripada 35 hospital di enklaf itu tidak dapat beroperasi kerana pengeboman zionis.

SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved