Israel sekat pintu sempadan halang pesakit Gaza dapatkan rawatan

WorldHealth & Fitness
22 Sep 2026 • 8:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Israel sekat pintu sempadan halang pesakit Gaza dapatkan rawatan

BANDAR GAZA: Pihak berkuasa Israel menghalang pesakit dan penduduk Palestin yang cedera di Gaza daripada berlepas ke luar wilayah itu untuk mendapatkan rawatan perubatan pada Isnin. 

“Bagi hari kedua berturut-turut, tiada pesakit atau mangsa yang cedera berjaya dipindahkan menerusi pintu sempadan Rafah dan Kerem Shalom disebabkan kelepasan am yang disambut oleh pihak rejim,” kata Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan ringkas mengikut laporan agensi berita Anadolu.

Menurut Yoram Halevi, penyelaras aktiviti kerajaan Israel di wilayah Palestin, pintu sempadan Rafah dan Kerem Shalom di selatan Gaza telah ditutup pada Ahad dan Isnin bagi memberi laluan kepada sambutan perayaan Yahudi berkenaan.

Penutupan itu menyusul selepas tindakan Israel pada Khamis lalu yang mengurangkan jumlah pesakit, mangsa cedera serta pengiring yang dijadualkan berlepas dari Gaza ke Mesir untuk rawatan dengan daripada 136 orang kepada hanya 61 penduduk Palestin, menurut kenyataan kementerian terdahulu.

Kementerian Kesihatan Gaza menyifatkan langkah berkenaan sebagai pencabulan terang-terangan terhadap hak untuk mendapatkan rawatan sambil memberi amaran bahawa tindakan itu meletakkan ratusan pesakit dalam risiko maut akibat terhalang daripada sampai hospital pakar tepat pada waktunya.

Pihak kementerian turut mendesak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi antarabangsa lain untuk campur tangan segera serta mengenakan tekanan secara langsung ke atas pihak berkuasa Israel bagi menghentikan syarat-syarat tegar berkenaan.

Pada akhir Ogos lalu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan bahawa ribuan pesakit di Gaza masih menunggu kelulusan pemindahan perubatan bagi mendapatkan rawatan segera.

Sekitar 13,237 pesakit termasuk 6,276 kanak-kanak bersama-sama 16,406 pengiring telah berjaya dipindahkan keluar dari Gaza sejak Oktober 2023, kata beliau.

Berdasarkan rekod kementerian, seramai 20,719 pesakit dan mangsa yang tercedera masih berada dalam senarai menunggu untuk meninggalkan Gaza bagi menjalani rawatan di luar negara. – AGENSI

The post Israel sekat pintu sempadan halang pesakit Gaza dapatkan rawatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved