Israel serang Damsyik, Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo

1 Sep 2022 • 9:36 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Beberapa jam lepas buat pertama kali, Israel menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Aleppo dan lapangan terbang antarabangsa Damsyik pada hari yang sama, iaitu selang satu jam.

Pertahanan udara Syria berjaya memintas ‘sebilangan’ peluru berpandu Israel pada petang Rabu, namun begitu beberapa roket berjaya menembusi pertahanan dan merosakkan lapangan terbang antarabangsa di Aleppo, lapor agensi berita Syria SANA.

“Sekitar jam lapan malam ini, pihak Israel menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo dengan serangan peluru berpandu, yang menyebabkan kerosakkan harta benda,” kata sumber tentera itu kepada SANA.

Letupan juga direkodkan di Damsyik, dengan laporan saksi bercakap mengenai kerosakan di kawasan kediaman dan kemungkinan terdapat mangsa terkorban dalam serangan tersebut. Walau bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi lagi.

Menurut satu laporan, sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu berjaya mengenai landasan lapangan terbang Aleppo sehingga menyebabkan kerosakkan yang teruk. Lapangan terbang tersebut tidak berfungsi sehingga diberitahu kelak.

Syria, Rusia dan Turki telah berulang kali membantah serangan Israel dan menyeru Tel Aviv untuk berhenti melanggar kedaulatan Syria, nampaknya tidak memberi kesan.


image is not availableMASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia