Israel serang ibu pejabat kementerian pertahanan Iran di Tehran – Media Iran

WorldPolitics
15 Jun 2025 • 9:54 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISTANBUL: Serangan udara Israel awal pagi Ahad menyasarkan ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik agensi berita Tasnim.

Serangan itu menyasarkan bangunan Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera di kawasan Nobonyad, menyebabkan kerosakan kecil pada sebuah bangunan pentadbiran.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Iran.

Terdahulu pada pagi Jumaat, tentera Israel melancarkan serangan terhadap Iran, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu serta mengorbankan beberapa komander tentera dan saintis kanan Iran.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di wilayah pendudukan Israel, mengakibatkan kematian dan kecederaan serta kerosakan kepada bangunannya.