Israel tetap berdegil rancang serangan darat ke atas Palestin

26 Oct 2023 • 4:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
Palestinians flee their houses heading toward the southern part of Gaza Strip after Israel's call for more than 1 million civilians in northern Gaza to move south within 24 hours, amid the Israeli-Palestinian conflict in Gaza City October 13, 2023. REUTERS/Ahmed Zakot

ISTANBUL, 26 OKT: Israel dilihat tetap berdegil apabila Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Rabu berkata pihaknya sedang membuat persiapan melancarkan serangan darat ke atas Semenanjung Gaza.

“Kami membuat persiapan melancarkan serangan darat ke atas Gaza,” kata Netanyahu pada sidang akhbar sambil menambah detik serangan akan ditentukan oleh Kabinet, tanpa memberikan butiran lanjut, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar Yedioth Ahronoth.

“Saya tidak mahu ulas berkenaan bila, bagaimana atau berapa banyak. Saya juga tidak akan ulas mengenai apa perkiraan yang diambil dan bagaimana perkara ini akan dilaksanakan,” katanya.

– BERNAMA – AGENSI ANADOLU