Israel Tutup Semua Kedutaan Di Seluruh Dunia 

WorldPolitics
14 Jun 2025 • 4:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Israel Tutup Semua Kedutaan Di Seluruh Dunia

Israel telah mengumumkan penutupan semua kedutaannya di seluruh dunia susulan serangan agresif yang dilancarkan ke atas Iran.

Menerusi satu kenyataan, Israel dipercayai turut menasihatkan rakyatnya agar sentiasa berwaspada dan mengelak daripada mempamerkan simbol keagamaan Yahudi atau lambang bendera Israel di khalayak ramai.

“Berdasarkan perkembangan terkini, misi Israel di seluruh dunia akan ditutup, dan perkhidmatan konsular tidak akan disediakan,” salah satu kenyataan tersebut.

Selain itu, kenyataan itu turut menasihatkan rakyatnya supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa keselamatan tempatan sekiranya berlaku sebarang insiden yang mencurigakan atau bersifat permusuhan.

Tidak hanya itu, rakyatnya di luar negara digesa untuk memaklumkan lokasi mereka kepada Kementerian Luar Negeri.

Difahamkan, ia bagi tujuan penyelarasan dan memudahkan urusan pengaturan penerbangan menyelamat jika diperlukan.

Namun begitu, tiada maklumat diberikan mengenai tempoh dan sebab khusus penutupan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, media Israel sebelumnya melaporkan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah dibawa ke lokasi tidak diketahui, dipercayai di luar wilayah yang diduduki, berkemungkinan ke Greece.

Imej menunjukkan pesawat yang dinaiki Netanyahu sedang diiringi oleh dua jet turut disiarkan.

Sumber: Berita RTM