Istana Budaya Diselenggara, Tutup Mulai 15 Januari 2024 Sehingga 5 Januari 2026

10 Jan 2024 • 5:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Istana Budaya bakal tutup selama dua tahun mulai 15 Januari ini bagi tujuan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan, khusus bumbung yang usang .

Ketua Pengarahnya, Zubaidah Mukhtar berkata, sepanjang tempoh bangunan panggung Istana Budaya itu tutup, ia tidak akan beroperasi untuk sebarang bentuk acara atau pementasan sehingga dibuka pada 5 Januari 2026.

image is not available

Penutupan ini telah disahkan oleh pengendali sepenuhnya iaitu Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan dijangka akan dibuka bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026).

“Dalam tempoh penutupan ini, Istana Budaya akan menganjurkan persembahan-persembahan menerusi Kempen Gerak ke seluruh Malaysia dengan produk-produk utama Istana Budaya seperti Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Artistana,”kongsinya.

Zubaidah berkata, Istana Budaya sentiasa terbuka bagi memberi peluang kepada mana-mana syarikat tempatan sebagai rakan strategik serta penggiat seni tanah air untuk bekerjasama dalam menganjurkan persembahan di luar dan luar negara.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh berhubung melalui e-mel info@istanabudaya.gov.my atau hubungi Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya di talian 03-4026 5555.

image is not available