Isteri Aliff Syukri Meniaga Usaha Sendiri, Anak Bonda Rozita Pertahan Kakak Ipar – “Tak Pinjam Duit Susahkan Orang” | WeirdKaya

LocalEntertainment
20 Apr 2025 • 4:29 PM MYT
WeirdKaya
WeirdKaya

Community news hub for today's generation of Malaysians

image is not available

Isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri menjadi perhatian ramai apabila bertelagah bersama pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam.

Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid memuat naik satu hantaran di Instagram story mendedahkan kejayaan perniagaanya hari ini hasil kerja keras sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

image is not available

“Hai saya mak cik, baru habis live.

“Alhamdulillah tiada pinjam-pinjam duit orang atau susahkan orang lain. Apa yang ada usaha sendiri tidak menumpang,” tulis Shahida baru-baru ini.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut juga dimuat naik oleh anak Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Imani menerusi tangkap layar di Instagram story bagi mempertahankan kakak iparnya itu.

image is not available

“Meletop, mantap Kak Ida. Hard working,” tulis Maryam.

Terdahulu, Rebecca menafikan dakwaan Shahida bahawa dia lebih sudu dari kuah apabila kerap memuat naik gambar kakak ipar barunya, Rozita Ibrahim biarpun sudah diberi peringatan tidak mendedahkannya kepada orang awam.

Sumber: Instgram maryamnuramani

View Original Article