Isteri Aslam Akhirnya Bersuara Dan Reda Bermadu Dengan Marissa Dania?

Entertainment
11 Feb 2024 • 11:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Akhirnya isteri kepada Aslam, Misya Mazlan tampil bersuara selepas beberapa hari kecoh dakwaan anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania yang bernikah dengan Aslam di Thailand.

Menerusi IG Story, Misya memuat naik satu foto menunjukkan dirinya di Mekah dengan meletakkan tulisan mengenai ujian yang menimpa dirinya ketika ini.

Misya berkata keikhlasan yang membantunya untuk tenang dan berlapang dada untuk tidak membenci sesiapa dan menerima apa yang berlaku.

image is not available

Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada, kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah.

Sesulit apa pun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci.

Bukan tu jer, Misya juga berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya dan anak-anak.

Hantaran Misya itu menggambarkan dirinya telah reda dengan apa yang sudah terjadi dan seolah-olah menerima takdir bahawa Marissa kini adalah madunya. Walau bagaimanapun, tidak pastilah sama ada ianya benar ataupun tidak. Semoga yang baik-baik saja buat mereka semua.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.