Isteri bekas Pengerusi Bersatu Terengganu sertai Pas

Politics
21 Nov 2026 • 7:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isteri bekas Pengerusi Bersatu Terengganu sertai Pas
Nor Aizam mendahului senarai penyertaan dengan menyerahkan borang kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Terengganu PRU16 dan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0) di Arena Square, Dungun, malam Jumaat.

​DUNGUN - Isteri kepada bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris, iaitu Datin Nor Aizam Abu Bakar diumumkan menyertai Pas pada Jumaat.

​Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Program, Sheikh Mohd Hanafi Abdul Aziz sempena Pelancaran Jentera Pilihan raya Pas Terengganu PRU16 dan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0) di sini.

​Penyertaan Nor Aizam turut diikuti tiga lagi pemimpin sayap Srikandi Bersatu negeri itu, termasuk Ketua Srikandi Muda Negeri Terengganu, Nor Dalila Zainal Abidin.

​Dua lagi individu yang mengambil langkah sama ialah Norayu Jusoh, serta Wan Nirani Wan Hassan.

​Difahamkan, penyertaan keempat-empat pimpinan dan ahli sayap parti itu dibuat secara sukarela untuk bersama-sama perjuangan Pas.

​"Srikandi-Srikandi ini telah mengambil keputusan untuk bersama-sama dengan kita," kata Sheikh Mohd Hanafi.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved