Isteri Berasal Dari Keluarga Kaya-Raya, Song Joongki Dilapor Akan Pindah & Menetap Di Itali?

Entertainment
30 Jan 2024 • 2:01 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Maklumat baru mengenai latar belakang isteri Song Joong-ki telah meraih perhatian ramai.

Pada 29 Januari, heboh di media sosial selepas maklumat mengenai latar belakang isteri kepada Song Joong-ki iaitu Katy Louise Saunders didedahkan.

Di mana, seorang wartawan Itali telah mendedahkan bahawa Katy Louise Saunders yang juga merupakan bekas pelakon di negara itu datang dari sebuah keluarga kaya-raya yang terkenal di Itali.

Malah, spekulasi mengenai Song Joong-ki yang dikatakan tinggal bersama keluarga mertuanya di negara itu juga turut timbul semula. Lebih-lebih lagi selepas pelakon tersebut didapati telah menghabiskan sebahagian besar tahun 2023 di Itali.

Dalam masa yang sama, sebelum ini media turut melaporkan bahawa Katy Louise Saunders mempunyai pendapatan lebih daripada RM6.14 juta dan memiliki kerjaya lakonan yang luas di negara tersebut.

image is not available

Perkara ini sekaligus telah menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan bahawa Song Joong-ki akan pindah dan menetap di Itali.

Sementara itu, pasangan bahagia ini telah berkahwin pada awal tahun 2023 dan menimang cahaya mata pertama mereka pada tahun yang sama.

Tak kisahlah Song Joong-ki tinggal dekat mana sekalipun asalkan dia bahagia bersama keluarga dia kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.