Isteri Bun*h Suami Kerana Tak Puas Hati Hidup Dalam Kemiskinan -”Mereka Kerap Bertengkar Sebab Tekanan Kewangan”

24 Jun 2024 • 12:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Memang susah nak jumpa pasangan yang sanggup susah bersama tetapi kisah kali ini berakhir dengan kejadian tragis.

Seorang wanita berusia 38 tahun ditangkap selepas membunuh suaminya di sebuah kebun berdekatan dengan rumah mereka.

 

Serang dari belakang dengan parang

Kes pembunuhan itu berlaku di daerah Rejang Lebong, Bengkulu, Indonesia dan menurut pihak polis berlaku pertengkaran di antara suami isteri tersbebut hingga menyalahkan satu sama lain sebelum suspek bertindak kejam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, suspek telah mengambil sebilah parang dan menyerang suaminya berusia 44 tahun dari arah belakang ketika mangsa berada di kebun.

image is not available

Suspek bertindak menetak belakang leher dan mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

 

Tak tahan hidup miskin

Difahamkan, suspek yang bernama Asmaul Husna itu didakwa bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati hidup dalam kemiskinan bersama mangsa.

Menurut keterangan saksi, sering berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa yang kerap bergaduh akibat tekanan kewangan keluarga.

image is not available

Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan suspek pula telah ditahan di rumah ahli keluarganya.

Media tempatan turut melaporkan suspek bakal menjalani pemeriksaan kerana dipercayai mengalami kemurungan.

image is not available 3 days ago

Dah Dipujuk Tapi Masih Mahu Tuntut Fasakh Punca Bunuh Isteri Sendiri, Suami Serah Diri Pada Pihak Polis