Isteri Curang Berpaut Pada Kaki Suami, Mohon Maaf Depan Mahkamah

1 May 2023 • 5:11 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bukan curang dengan seorang lelaki sahaja, malah ramai

Isteri Curang Berpaut Pada Kaki Suami, Mohon Maaf Depan Mahkamah. Menurut laman berita Thaiger, seorang wanita yang didakwa curang di China nekad memeluk kaki suaminya untuk memohon maaf di hadapan mahkamah bagi menyelamatkan perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, rayuannya ditolak kerana si suami telah menemui ‘kebenaran yang menyakitkan’ tentang kecurangan isterinya.

Menurut sumber, dipercayai pasangan itu berasal dari wilayah Hebei di China. Suami yang hanya dikenali sebagai Pei, mendapati kecurangan isterinya, Lan sebelum memfailkan cerai.

image is not available
Gambar hiasan. Kredit foto: Buzzkini

Ditangkap curang beberapa kali

Pei, yang mengesyaki Lan berlaku curang telah memeriksa telefon isterinya semasa dia sedang mandi. Pei terkejut apabila mendapati banyak perbualan berterusan antara isterinya bersama beberapa lelaki.

Dalam pada itu, Lan segera meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kelakuannya serta akan menjadi lebih baik sambil menangis teresak-esak.

Bukan itu sahaja, Pei sekali lagi menangkap isterinya itu bersama lelaki lain di rumah mereka berdua-duaan dan iIa menyebabkan Pei nekad memfailkan cerai dengan isterinya itu.

Baca juga kisah yang berkaitan dengan kecurangan: