Isteri Didenda RM900 Tampar Wanita Disyaki Ada Skandal Dengan Suami Di Kuching

22 Feb 2024 • 10:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tertuduh didapati bersalah kerana mencederakan mangsa

Isteri Didenda RM900 Tampar Wanita Disyaki Ada Skandal Dengan Suami Di Kuching. Seorang wanita tempatan berusia 23 tahun dari Kampung Tabuan Tengah, telah didenda RM900 atau dipenjarakan selama sebulan oleh Mahkamah Majistret Kuching.

Beliau mengaku bersalah kerana menampar seorang wanita lain berusia 24 tahun pada 17 Februari 2023 jam 10.30 malam.

image is not available
Isteri Didenda RM900 Tampar Wanita Disyaki Ada Skandal Dengan Suami Di Kuching.

Insiden berlaku di hadapan sebuah pangsapuri di Jalan Green apabila tertuduh menuduh mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya lalu bertindak menamparnya.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000.

Dalam perbicaraan, tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

Tertudh diputuskan bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM900 atau penjara sebulan.

Baca lagi artikel menarik: