Isteri Hamil Buat 2 Kerja Tanggung Keluarga, Suami Tentera Buat ‘Loan’ Sampai Gaji Negatif

23 Feb 2023 • 4:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
isteri hamil

Seorang isteri membuat panggilan di segmen Morning Morning Suria bersama Shuib, Ajak dan Suraya meluahkan isi hati apabila terpaksa buat dua kerja demi menanggung komitmen rumah tangga.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok Suria, wanita itu berkata suaminya seorang tentera dan gaji bulanannya berbaki 0 selepas tolak pinjaman koperasi yang dibuat.

Dapat tahu masa isteri hamil anak pertama

image is not available

Dia yang baru 2 tahun berkahwin hanya mengetahui hal itu tahun lepas. Suami hanya jawab ‘tak tahu’ bila isteri tanya tujuan pinjaman dibuat.

Masa kahwin pun saya yang keluarkan semua duit hantaran kongsi berdua konon nak susah senang sama-sama.

Suaminya juga didakwa banyak berhutang dengan keluarga dengan alasan isteri minta macam-macam sehingga dia menjadi watak buruk dan dipandang serong.

Memandangkan kini sedang hamil, si isteri mendapatkan nasihat kaunselor dan dia diminta beri peluang.

Video perkongsian penuh:

Kredit: TikTok Suria

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.