Isteri Harith Iskandar Sah Failkan Cerai

12 Jul 2024 • 2:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Harith Iskandar

Sebelum ini kami melaporkan yang isteri kepada pelawak terkenal, Harith Iskandar iaitu Dr Jezamine Lim dikatakan telah memfailkan cerai selepas 14 tahun bersama. Biar betul?

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, Dr Jezamine sah memfailkan perceraian terhadap suaminya baru-baru ini dan perkara ini disahkan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Kes perceraian mereka ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti dan kedua-dua pihak dikatakan telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berbincangan itu.

Memang sekarang ini dah jelas kes itu memang wujud. Jadi, tarikh memang dah ada, tapi sudah ditunda kerana mahkamah ada urusan lain. Kami akan maklumkan tarikh baru selepas ini.

Kedua-duanya memberi kerjasama yang baik. Lebih daripada itu, tunggu dulu di tarikh baru yang akan dimaklumkan.

Pihak Harian Metro ada menghubungi Harith Iskandar dan dia hanya berkata akan keluarkan kenyataan rasmi nanti.

Terima kasih dan saya minta maaf atas kelewatan membalas pertanyaan ini. Kami akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini.

image is not available

Jap!