Isteri Kawal Gaji Suami, Beri Duit Poket RM6 Sehari Untuk Makan

Family & Parenting
26 Jun 2024 • 8:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bila dah berkahwin, ramai dari kalangan suami yang biarkan isteri uruskan hal kewangan. Tapi bukanlah bermaksud si isteri boleh kawal ketat sampai suami takde duit nak belanja.

Menurut laporan mStar, seorang lelaki meluahkan rasa kesal kerana semua gajinya dikawal penuh oleh pasangannya walaupun terima RM5,000 sebulan.

Lebih menyedihkan, dia mendedahkan hanya dapat RM6 sehari je dari isteri untuk makan di kantin yang membuatkannya rasa terbeban.

Setiap gaji RM4,000 cash terus kena bagi dekat tangan isteri.

Komitmen saya dalam RM1,000 untuk bayar rumah dan lain-lain bayar cash.

image is not available

Katanya dia pernah berbincang dengan isteri supaya sebahagian gaji bulanan tersebut diberikan kepada ibu bapanya tapi ditolak.

Bukan tu jer, isterinya juga beri alasan si suami ada adik-beradik lain yang boleh tanggung orang tuanya.

Saya tak berani nak jawab lebih-lebih, takut jadi gaduh. Jadi saya berdiam je.

Sedihnya dengar luahan abang ni sebab RM6 tu macam duit harian budak sekolah je. Patutnya bincang semula dengan isteri tentang pembahagian gaji tu. Apapun kita doakanlah yang terbaik untuk dia dan keluarga.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.