Isteri Loe tunggu kebenaran masuk kawasan bencana Nepal

1 Sep 2026 • 10:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isteri Loe tunggu kebenaran masuk kawasan bencana Nepal

PETALING JAYA – Isteri pegawai bomba yang masih hilang bersama lebih 50 rakyat Malaysia yang lain susulan bencana di Nepal kini menunggu kebenaran untuk memasuki kawasan bencana.

Menurut perkongsiannya di Instagram, Hani Othman berkata, dia berjaya mengumpulkan satu lori bantuan bekalan asas hasil sumbangan bersama orang ramai.

“Terima kasih yang turut bagi sumbangan, dapat satu lori. Sekarang hanya tunggu kelulusan dari pihak kerajaan Nepal untuk lepaskan aku ke tempat bencana untuk agih bantuan,” katanya.

Terdahulu, Hani yang merupakan isteri Pegawai Bomba Kanan II m, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa atau dikenali sebagai Loe berlepas ke Kathmandu bagi mendapatkan sendiri perkembangan mengenai operasi mencari suaminya yang gagal dihubungi.

Sebelum ini, Kementerian Luar berkata, sebanyak 55 rakyat Malaysia dilaporkan masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku pada 26 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Isteri Loe tunggu kebenaran masuk kawasan bencana Nepal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved