Isteri luah rasa kecewa, netizen doakan Haziq Nadzli lumpuh

LocalEntertainment
15 Dec 2024 • 12:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti wanita, Eyra Hazali luah rasa kecewa apabila suaminya, Haziq Nadzli didoakan lumpuh susulan kekalahan pasukan Harimau Malaya menentang pasukan Thailand dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN pada Sabtu.

Menerusi hantaran yang dibuat Eyra di Insta Story, dia memaklumkan yang mereka dapat menerima segala caci maki dilemparkan, namun hinaan serta doa yang tidak baik dianggap keterlaluan.

image is not available

Isteri luah rasa kecewa, anak2 juga jadi mangsa

Ujarnya, selain Haziq yang merupakan penjaga gol negara, anak-anak juga menjadi mangsa walaupun mereka langsung tidak ada kena mengena.

“Caci makian yang anda lemparkan, kami boleh terima.

“Tapi hinaan, mendoakan suami saya lumpuh, libatkan anak-anak kami adalah melampau,” tulisnya.

image is not available

Isteri luah rasa kecewa, namun harap perkara2 tak baik tak berbalik kepada netizen

Walau bagaimanapun, selebriti itu tetap mendoakan agar perkara-perkara yang tidak baik dilontarkan netizen kepada mereka sekeluarga tidak berbalik kepada mereka serta keluarga masing-masing.

Dia juga menyatakan yang Haziq akan sentiasa mendapat sokongan daripada mereka sekeluarga dalam apa keadaan sekalipun serta meminta orang ramai menjaga lisan dalam mengeluarkan sebarang kritikan.

image is not available

Terdahulu, penjaga gawang berusia 26 tahun itu, Muhammad Haziq Nadzli dikatakan melakukan kesilapan sewaktu kedua-dua pasukan sedang terikat mata 0-0 sebelum jaringan Patrik Gustavsson pada minit ke-57 membuatkan Harimau Malaya tewas di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Tindakan Haziq yang cuba mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya menjadi satu kesilapan buatnya sehingga teruk dikecam netizen selepas perlawanan tersebut berakhir.

Sumber: Instagram eyra.hazali