Seorang pensyarah di sebuah kolej di Sarawak dilaporkan maut dibunuh oleh suaminya dalam kejadian di kediaman pasangan itu di Jalan Sungai Congkak, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 38 tahun pada jam 5.33 pagi yang memaklumkan isterinya mengalami sawan.
Mangsa berusia 33 tahun yang tidak sedarkan diri kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam sebelum disahkan mengalami beberapa kecederaan di badan.
Siasatan lanjut mendapati pasangan berkenaan baru berkahwin pada April lalu dan mangsa pulang bercuti untuk menghadiri perkahwinan adik iparnya.
Namun pasangan itu dikatakan bertengkar akibat cemburu sebelum suspek memukul kepala manga menggunakan ‘dumbel’.
Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, selain mempunyai dua rekod lampau berkaitan pukul dan dadah.
Suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Disember untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah, petang semalam.
Sumber: Harian Metro (Norzamira Che Noh)
The post Isteri maut, kepala dipukul dengan ‘dumbel’ oleh suaminya kerana cemburu appeared first on The Reporter.

