Isteri Minta Cerai Tanpa Ada Kesalahan Suami, Haram Masuk Syurga – UAI [Video]

LocalPolitics
27 Sep 2024 • 5:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Penceraian merupakan jalan akhir buat pasangan suami isteri setelah tiada penyelesaian lain ditemui bagi menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

Lazimnya, kebanyakan individu memilih untuk berpisah disebabkan perkara-perkara tertentu seperti pasangan tidak memberi nafkah atau tiada persefahaman.

Namun, harus diingatkan ia merupakan perkara halal yang tidak disukai oleh Allah SWT. Oleh sebab itu, cerai bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan gurauan baik suami ataupun isteri.

Isteri Diharamkan Masuk Syurga Jika Minta Cerai Tanpa Suami Buat Kesalahan

Baru-baru ini, tular di media sosial video ceramah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjelaskan hukum seorang isteri minta cerai daripada suami.

Menerusi video yang dikongsikan semula di akaun TikTok @insan_marhaen, UAI menjelaskan seorang isteri yang meminta cerai tanpa suami melakukan kesalahan ke atasnya diharamkan untuk masuk ke syurga.

Jelas UAI, golongan wanita yang sebegitu dikatakan memiliki akhlak yang tidak baik. Malah, beliau turut berkongsikan hadis Nabi Muhammad SAW mengenai perkara tersebut.

“Belum kena cerai lagi, minta cerai sahaja, maka tertutup pintu syurga. Haram masuk syurga. Banyaknya bini (isteri) minta cerai ini akhlak dia tak molek (bagus).

“Nabi kata, mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu,” katanya.

Lima Perkara Yang Dibolehkan Minta Cerai

Pada masa yang sama, UAI turut meminta agar kaum Hawa untuk sentiasa bersabar.

Beliau juga turut menyenaraikan lima perkara atau keadaan yang dibolehkan untuk seorang wanita meminta cerai dari suaminya.

“Nombor satu, suami tak beri nafkah. Nombor dua, suami larang buat yang wajib, larang sembahyang, larang tutup aurat.

“Nombor tiga, suami suruh buat yang haram, ajak liwat, ajak berjudi, ajak minum arak dan sebagainya.

“Nombor empat, suami dera. Sepak terajang, flying kick atas muka. Nombor lima, suami kena penjara. Kebanyakan di Malaysia, minima tiga tahun penjara,” jelasnya lagi.

Source: