Isteri Mursyidul Am Pas meninggal dunia

2 Jun 2023 • 9:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shahidan (kiri) menziarahi Hashim di kediamannya pada Khamis malam. - Foto Facebook Shahidan

image is not available
Allahyarhamah Sarah

KANGAR - Isteri kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada petang Khamis.

Allahyarhamah Datin Sarah Rejab, 77, meninggal dunia kira-kira pukul 7 petang akibat kegagalan fungsi hati.

Bekas Ketua Dewan Muslimat Pas negeri itu mendirikan rumah tangga bersama Hashim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang sejak lebih 50 tahun.

Pasangan itu mempunyai lima orang cahayamata iaitu, Nabilah, Faiz, Hamimah, Nadia dan Husna.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam status Facebooknya yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.

“Mendapat perkhabaran duka, Datin Sarah Rejab, Isteri kepada Tuan Guru Hashim Jasin, Mursyidul Am Pas telah pergi menghadap Ilahi.

"Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga kuat dan tabah menghadapi kehilangan insan tersayang,” katanya.

Sementara Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut memuat naik status berkenaan di laman sosial ketika menziarahi Hashim di kediamannya pada malam Khamis.

"Semoga roh Allahyarhamah Sarah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman di sisi ALLAH SWT," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved