Isteri Pertama, Madu Jurulatih Bola Sepak Bergaduh Di Restoran

23 Jan 2023 • 6:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Kisah rumahtangga jurulatih bola sepak yang dilapor melangsungkan perkahwinan sekali lagi baru-baru ini, kembali hangat diperkatakan apabila kedua-dua isterinya itu terbabit dalam pergaduhan semalam.

Difahamkan, pergaduhan isteri jurulatih berusia 60-an itu berlaku di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor akibat perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan mengenai pergaduhan itu dengan memaklumkan kejadian terbabit terjadi pada awal pagi.

“Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (kelakuan tidak senonoh tempat awam),” katanya. 

Terdahulu, isu perkahwinan individu terbabit yang juga bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an, menjadi topik hangat warga maya selepas didakwa berkahwin bagi kali kedua dengan wanita jauh lebih muda berusia 29 tahun.

Malah, beberapa portal dilaporkan mendakwa wanita itu adalah adik kepada penyanyi popular tempatan - Getaran, 23 Januari 2023