Isteri Pesuruhjaya PAS Johor meninggal dunia

Politics
11 Dec 2022 • 10:25 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BHARU: Isteri Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin, Habibah Hussin, meninggal dunia pagi tadi.

Abdullah, yang juga calon Perikatan Nasional di Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15, berkata Habibah menghembuskan nafas terakhir pada 7.47 pagi.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor Abu Irfan Muhammad Al-Urduni mewakili parti itu merakamkan ucapan takziah kepada Abdullah.

“Seluruh ahli PAS Negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepada Tuan Guru Pesuruhjaya PAS Johor sekeluarga dengan iringan doa semoga Allah merahmati dan mengampuni Almarhumah, ditempatkan bersama para solihin dan syuhada.’

“Kami mendoakan semoga tuan sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Semoga Allah mengurniakan keteguhan hati dan istiqamah kepada semua. Allahumma Aamiin,“ katanya menerusi hantaran di laman Facebook PAS Johor. - Bernama

View Original Article