Isteri Pilih ‘Childfree’ Lepas Bincang Dengan Suami ‘Kaki Game’ – “Dia Cakap Balik Kerja Nak Main Phone Sebab Tu Je Masa Untuk Rehat”

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 11:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan topik ‘childfree’ ini hangat diperkata ramai sejak akhir-akhir ini di platform media sosial, di mana ada pasangan pilih untuk ‘childfree’ kerana mahukan kebebasan serta tidak mahu komitmen tinggi tetapi ada juga pasangan yang pilih untuk mempunyai zuriat kerana merasakan anak merupakan satu rezeki daripada Allah SWT.

Isteri pilih ‘childfree’, suami ‘kaki game’

Terbaru, seorang wanita telah meluahkan bahawa dirinya memilih untuk ‘childfree’ selepas berbincang dengan suami yang merupakan ‘kaki game’.

Luah wanita terbabit, sewaktu berbincang dengan suami, lelaki terbabit berkata dirinya pilih untuk berehat selepas pulang kerja daripada membantu isteri menjaga anak.

Kami bincang kalau saya berhenti kerja nanti saya yang kena jaga anak dan kemas rumah. Suami cakap balik kerja dia main telefon sebab itu je masa dia ada untuk berehat.

image is not available

image is not available

Tak mahu ada masalah gangguan mental

Susulan itu, wanita tersebut tidak mahu mengambil risiko mempunyai masalah gangguan mental dengan pelbagai kes yang berlaku sejak kebelakangan ini susulan suami enggan bantu menjaga anak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sokong tindakan wanita itu memilih untuk ‘childfree’ dan turut berasa geram dengan sikap suami yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab.

image is not available

image is not available

image is not available

Tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga yang merasakan wanita terbabit tidak sepatutnya memilih untuk ‘childfree’ dan terima rezeki yang diberi oleh Allah SWT.

image is not available

image is not available

image is not available 5 months ago

"Try Dulu Ada Anak Sorang" - Wanita Selar Ustazah Minta Pasangan Berkahwin Jangan 'Childfree', Kaitkan Hari Tua Tiada Siapa Jaga