Isteri saya gelak besar bila dapat tawaran menjadi jurucakap produk – Ako Mustapha

LocalEntertainment
21 Sep 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Isteri saya gelak besar bila dapat tawaran menjadi jurucakap produk – Ako Mustapha

PETALING JAYA: Pelakon, Ako Mustapha, meluahkan rasa bangga terhadap isterinya, Kartina Shuaib, yang menerima tawaran sebagai jurucakap bagi sebuah produk walaupun bukan merupakan seorang yang terkenal.

Ako atau Muhaizad Ahmad Mustapha, 55, berkata, isterinya pada mulanya menyangka berlaku kekeliruan memandangkan dia bukan seorang artis, sedangkan ramai selebriti lain yang boleh dipilih sebagai jurucakap produk tersebut.

“Saya nak berkongsi, isteri saya dapat tawaran menjadi jurucakap untuk satu produk. Dia gelak besar apabila bertanya kepada pengasas produk itu sama ada betul atau tidak kerana dia bukan artis.

“Kalau nak artis, saya ada ramai kenalan. Tetapi pengasas itu beritahu memang nak tawarkan kepada isteri saya,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Tambah Ako, isterinya dimaklumkan bahawa kontrak akan diserahkan pada keesokan harinya.

“Esok juga pengasas itu akan beri kontrak kepada isteri saya. Saya sangat gembira dan bangga dengan awak, sayang,” ujarnya.

Untuk rekod, pelakon Ako Mustapha telah berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan kini mereka dikurniakan empat orang anak.

The post Isteri saya gelak besar bila dapat tawaran menjadi jurucakap produk – Ako Mustapha appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved