Isteri Sedang Hamil, Suspek Tembak Di KLIA 1 Miliki 3 Rekod Jenayah Lampau

14 Apr 2024 • 2:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kes tembakan di KLIA 1

Isteri Sedang Hamil, Suspek Tembak Di KLIA 1 Miliki 3 Rekod Jenayah Lampau. Dipetik daripada Kosmo, Isteri kepada suspek tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dikatakan sedang hamil dan mereka dalam proses perceraian.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, kedua-dua mereka (mangsa dan suspek) mempunyai syarikat agensi pelancongan dan keberadaan isteri di KLIA itu adalah untuk menyambut kepulangan jemaah umrah yang baru pulang.

Itu pertalian antara mangsa dan suspek. Kita difahamkan sebegitu (dalam proses bercerai).

“Ya, (mangsa sedang mengandung) pada peringkat awal kehamilan,” kata beliau pada sidang akhbar hari ini.

image is not available
Isteri Sedang Hamil, Suspek Tembak Di KLIA 1 Miliki 3 Rekod Jenayah Lampau. Sumber foto: Harian Metro

Ada 3 rekod jenayah lampau

Dalam masa yang sama, dilaporkan juga bahawa suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Dua daripadanya berkaitan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan satu kes di bawah Seksyen 380/170 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.

Beliau berkata mangsa iaitu isteri suspek sebelum ini pernah membuat dua laporan di bawah Seksyen 506 pada 2016 dan 2023.

image is not available
Sumber foto: Utusan

Suspek Hafizul Zarawi berusia 38 tahun

Oleh itu, Datuk Seri Mohd Shuhaily memberi amaran kepada suspek Hafizul Zarawi yang berusia 38 tahun, supaya bekerjasama dan menyerahkan diri di mana-mana balai polis.

Berdasarkan siasatan awal, motif kejadian adalah disebabkan masalah peribadi antara lelaki terbabit dan isterinya yang dipercayai dalam peringkat awal kehamilan.

Pagi ini, satu Malaysia digemparkan dengan kes tembakan di KLIA 1 pada bulan syawal: