Isteri Tak Nak Balik Raya Kampung Suami, Luah Penat Bila Pulang Hanya Jadi ‘Kuli’ Keluarga Mertua

LocalFamily & Parenting
27 Mar 2025 • 2:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Isteri tak nak balik kampung suami

Tular di aplikasi Tiktok, seorang wanita meluahkan perasaanya yang tidak ingin pulang ke kampung belah suami sempena perayaan Aidilfitri kali ini.

Wanita tersebut berkongsi sebab utamanya adalah sudah penat apabila pulang hanya menjadi kuli dan hamba kepada keluarga mertua sahaja.

Ada sahaja yang tidak kena, Ipar-duai pula semua pemalas

image is not available

Wanita itu berkata selain dibebani dengan pelbagai kerja rumah, adik-beradik iparnya yang lain turut ada tetapi tidak membantu.

“Bila balik mesti ada sahaja benda tak kena, ada sahaja kerja nak suruh buat, daripada masak, kemas rumah, basuh baju hingga beli barang dapur pun semua nak suruh sis. Padahal adik beradik ipar ramai semua sihat belaka”-Katanya

Suami pula suruh anggap sebagai ‘ladang pahala’

image is not available

Wanita itu turut meluahkan rasa kecewanya kerana seolah-olah layanan yang diterima tidak setimpal dengan usahanya membantu keluarga mertua.

“Bukan nak berkira, tapi penat. Balik kampung kononnya nak beraya, tapi akhirnya rasa macam jadi bibik pula. Bila cerita dekat husband, terlalu positif pula jawapan dia katanya ini ladang pahala untuk awak.

Betul apa orang kata kalau kita ada keluarga mertua yang baik adalah satu rezeki juga”-Luahnya

#Apakataohmedia

Dalam situasi ini, penting bagi keluarga mertua untuk bersikap adil dan menghargai kehadiran menantu sebagai sebahagian daripada keluarga, bukan sebagai pembantu.

Komunikasi yang baik antara suami isteri serta dengan keluarga mertua sangat penting bagi mengelakkan salah faham dan memastikan keharmonian dalam hubungan kekeluargaan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook
Rujukan kami: Tiktok


The post

appeared first on

.