‘Isteri tak patut masak, semua atas ihsan’, Qawiy kata perkahwinan bukan atas dasar hak

LocalFamily & Parenting
11 Jun 2025 • 10:36 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Dalam sesebuah perkahwinan, sikap tolak ansur dan saling bekerjasama amat penting bagi memastikan ikatan tersebut kekal utuh dan berkekalan. Bukan sahaja dalam soal hubungan, malah dalam hal-hal kerja rumah juga perlu diterapkan nilai-nilai tersebut.

Pelbagai pandangan telah dilontarkan mengenai siapakah yang lebih bertanggungjawab dalam menguruskan kerja-kerja rumah, isteri atau suami? Namun begitu, majoriti masyarakat cenderung meletakkan tanggungjawab tersebut kepada isteri dengan alasan wanita lebih arif tentang selok-belok urusan rumah tangga.

Namun, pandangan yang dikemukakan oleh pempengaruh Qawiy pula berbeza. Baginya, isu ini tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan antara suami isteri.

“Sebenarnya, perkahwinan ini bukan atas dasar hak. Semuanya adalah ihsan.

“Isteri tidak sepatutnya memasak, tetapi itu adalah ihsan. Yang sepatutnya menyediakan makanan ialah suami,” katanya.

Menurut Qawiy dalam rakaman audio siar sembang seram, sebagai seorang suami, perlu bersyukur atas segala kerja rumah yang dilakukan oleh isteri.

Jelasnya lagi, jika perkahwinan hanya berlandaskan tuntutan hak semata-mata, banyak perkara tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik. Malah, menurutnya, jika perkahwinan dibina atas dasar itu semata-mata, lebih baik tidak berkahwin.

“Kalau perkahwinan ini atas dasar hak, semua tak akan jadi, dan baik tak payah kahwin,” katanya lagi.