“Isteri Yang Sah, Dah Tak Boleh Kecam Dah” – Safawi Rasid

1 Dec 2022 • 10:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta, bintang bola sepak kebangsaan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid akhirnya sah bergelar suami kepada pasangannya Syifa Melvin.

Sebelum diijabkabul pada 28 November, berita mengenai perkahwinan pasangan ini menjadi bualan selepas rakan-rakan menyanyikan lagu selamat pengantin baru buat Safawi di padang.

Terbaru, Safawi dilihat berseloroh memaklumkan Syifa kini sudah menjadi isterinya yang sah dan orang ramai tak boleh meninggalkan komen kecaman lagi.

Iyalah sebelum ini Syifa pernah menjadi bahan kritikan peminat bola sepak yang seolah-olah tak bersetuju dengan hubungan mereka.

Memetik laporan mStar, bintang bola sepak terkenal ini memberitahu tak ada niat nak rahsiakan perkahwinan cuma dia lebih selesa jika ianya tak dihebohkan.

Tarikh pernikahan juga dipilih oleh Safawi sendiri kerana ada sesuatu yang istimewa dengan tarikh itu.

Difahamkan, pasangan ini bertunang pada awal Januari tahun ini dalam majlis yang diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan sahaja.

Kredit: TikTok @anglemira.ak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.