'Isteriku, tahniah!' Beauty with brain, Dahlia Rizal genggam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Pengurusan Sumber Manusia

LocalEntertainment
10 Dec 2024 • 1:34 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAHNIAH buat pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal yang berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dalam Pengurusan Sumber Manusia dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya-Wales yang ke-9.

"Alhamdulillah, I made it guys!" kongsi Dahlia menerusi Instagram.

image is not available

Kejayaan influencer kecantikan berusia 23 tahun itu diraikan suami, pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil.

"Isteriku, congratulations on your convocation!

"Saya teramat bangga dengan segala usaha dan semangat awak untuk habiskan pengajian ijazah ini!" kongsinya.

image is not available

Artikel berkaitan:

Hero Remaja 2020

"Semua kerja keras awak kini membuahkan hasil dan ini hanyalah permulaan untuk perjalanan hebat yang menanti pada masa yang akan datang!

image is not available

"Dan saya sangat bersyukur dapat menjadi saksi untuk setiap pencapaian awak. Saya tidak sabar untuk melihat semua perkara luar biasa yang awak akan terus capai pada masa akan datang! Sayang awak selamanya," coret Imran.

Sekadar info, Dahlia Rizal dan Imran Aqil diijabkabulkan pada 11 September 2023 selepas mengikat pertunangan selama setahun.