Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar N9 ke-12 Di Melaka Tidak Sah, Kata Pengelola Bijaya Diraja

LocalPolitics
9 Jun 2026 • 9:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar N9 ke-12 Di Melaka Tidak Sah, Kata Pengelola Bijaya Diraja

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pengelola Bijaya Diraja Datuk Azizi Mohamad Ali hari ini (9 Jun) berkata, Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu, 5 Jun adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.

Azizi menerusi satu kenyataan berkata, “Oleh itu gelaran Yang di-Pertuan Besar yang cuba diambil oleh Tunku Datuk Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar adalah tidak berkuat kuasa.”

Tunku Nadzaruddin Bukan Lagi Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan – Pengelola Bijaya Diraja

Tambah kenyataan itu lagi, dengan cubaan menerima gelaran yang tidak sah itu, Y.A.M. Tunku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dengan sendirinya telah melepaskan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya.

Menurut kenyataan sama, sehubungan itu tiada lagi penyandang Gelaran Pusaka Tunku Panglima Putera Yang Empat.

Image from: Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar N9 ke-12 Di Melaka Tidak Sah, Kata Pengelola Bijaya Diraja

Tunku Nadzarruddin dimahsyurkan pada Jumaat lalu, istiadat disempurnakan Undang Luak Jelebu

Pada Jumaat lalu, Undang Yang Empat telah memahsyurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis di Melaka.

Istiadat pertabalan itu disempurnakan oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Menurut bekas Menteri Besar Tan Sri Rais Yatim yang turut hadir, baki tiga lagi Undang mengikuti istiadat tersebut secara langsung melalui aplikasi Zoom.

“Proses ini dilaksanakan mengikut adat negeri yang diikuti dengan titah diraja,” kata Rais dipetik Malaysia Gazette.

Namun Kerajaan Persekutuan kemudiannya menegaskan pendirian untuk kekal mengiktiraf dan terus berkhidmat kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendirian tegas tersebut dibuat mengikut saluran perundangan dan perlembagaan.

Baca Artikel Berkaitan:

Kerajaan Kekal Iktiraf Tuanku Muhriz Sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan – Anwar Ibrahim