Istimewa Buat Pencinta Anime, Manga & Gaming! Nijigen Expo, Tampil Dengan Skala Lebih Besar!

Music
16 Feb 2024 • 2:29 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Perhatian para pencinta Anime, Manga dan juga permainan video! Ada satu expo khas buat anda! Nijgen Expo 2024 di MIECC (Mines International Exhibition & Convention Centre) akan menampilkan lebih daripada 500 booth menarik di tapak expo termasuk market untuk pelukis dan juga pencipta. Beberapa jenama terkemuka pun ada tau!

image is not available

image is not available

Antara jenama terkenal yang turut serta dalam Nijigen Expo 2024 adalah seperti Popmart, MUSE, MEDIALINK, Bushiroad, Hakken serta pelbagai peniaga model dan mainan yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai promosi menarik dan juga produk edisi terhad! Confirm padat dengan aktiviti yang fun!

image is not available

image is not available

image is not available

Selain itu, tak lengkaplah Nijigen Expo kalau tiada penampilan istimewa dari cosplayer antarabangsa betul tak? Ada penampilan cosplayer dari serata pelusuk dunia antaranya dari Itali, Jepun, Taiwan, China, Singapura, Thailand dan bermacam lagi! Inilah peluang untuk korang bersemuka dengan cosplayer favorit korang! Ada lebih kurang 100 booth untuk sesi fanmeeting!

image is not available

image is not available

image is not available

Persembahan untuk Nijigen Expo 2024 juga tidak kurang hebatnya! Anda boleh saksikan secara langsung persembahan dari Virtual Idol yang sangat popular iaitu Nijisanji! Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi bersama mereka! Selain itu

image is not available

image is not available

Pameran ini turut menampilkan booth rasmi pelbagai anime IP, seperti anime yang baru-baru ini popular dengan Yasobi sebagai penyanyi utama, lagu IDOL: "OSHI NO KO" & aktiviti promosi terkini untuk filem "Demon Slayer".

image is not available

Untuk makanan dan juga minuman jangan risau kerana ada 50 gerai makanan di tapak expo untuk pengunjung nikmati!

image is not available

Setiap peserta juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah NIJIDRAW! Pelbagai hadiah menarik menanti korang! Termasuk dengan hadiah utama iaitu figurin peribadi yang ditandatangani khas oleh YouTuber idol terkenal, Kson.

Tips ke Nijigen Expo 2024

image is not available

Nak elak jalan sesak, anda boleh dapatkan perkhidmatan Shuttle Percuma ke MIECC dari Stesen MRT (Serdang Raya Selatan). Jika anda memandu ke MIECC jangan risau kerana terdapat banyak tempat letak kereta yang tersedia di MINES 2!

Berikut adalah maklumat tiket:-

image is not available