“Isu 3 Pagi JAWI Datang Rumah Tak Benar” – Risteena Tunjuk Bukti Mesej Dengan Ruhainies

Entertainment
15 Mar 2024 • 12:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
risteena

Pelakon Risteena Munim tampil mempertahankan adiknya susulan isu ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.

Dalam hantaran di Instagram Story, Risteena menunjukkan bukti mesej di mana dia merancang untuk ke rumah Ruhainies pada malam hari Jumaat.

Dalam mesej itu, Ruhainies bertanyakan kakaknya sama ada dia mahu bermalam di rumahnya dan sama ada barang memasak sudah dibeli.

image is not available

Kata Risteena lagi, dia tiba di rumah Ruhainies jam 11.30 malam bukanlah jam 3 pagi seperti yang kecoh di media sosial.

image is not available

Pada malam kejadian itu juga, adik perempuannya iaitu Nur Riesha sepatutnya bermalam di rumah Ruhainies namun masing-masing terlambat di atas tuntutan kerja.

image is not available

image is not available

Terdahulu, pelakon kontroversi Ruhainies tampil dengan satu kenyataan rasmi menjelaskan apa sebenarnya berlaku pada malam kejadian.

Dia dan adik beradik sepatutnya makan malam bersama dan dia telah menjemput Aliff Aziz untuk turut serta.

Dia naik dahulu ke dalam rumah dan sempat berborak dengan Aliff sementara menunggu adik beradiknya tiba.

Kredit: Instagram Risteena Munim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.