Isu 3R: Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Menghasut

LocalPolitics
27 Aug 2024 • 11:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini, atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di Felda Perasu, pada 14 Ogos lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Muhyiddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan terhadapanya dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

image is not available

Foto: Berita Harian

Bekas perdana menteri itu menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Beliau dilaporkan tiba di mahkamah sekitar jam 8.43 pagi dengan diiringi oleh pimpinan parti termasuk Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin.

image is not available

Foto: Berita Harian

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, Muhyiddin akan disiasat mengikut Akta Hasutan berkaitan ceramahnya yang dikatakan menyentuh tentang Raja, Agama dan Kaum (3R) dalam kempen PRK Dun Nenggiri, baru-baru ini.

Beliau juga melaporkan bahawa pihaknya menerima sebanyak 30 laporan polis berkaitan ucapan Muhyiddin dan serama 66 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

image is not available

Foto: The Star

Terdahulu, ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16 menjadi tular di media sosial.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim dan Paya Linda Yahya)