Isu cerai, Alif Teega tak tahu -“Dapat mana cerita tu? Aisyah pun takde post apa2”

LocalEntertainment
8 Sep 2024 • 9:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega tak tahu mengenai berita isterinya, Aisyah Hijanah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Ogos lalu.

Pemilik nama Mohd Hazalif Mohd Hazani berkata berkata, dia sendiri tidak tahu mengenai isu tersebut kerana sibuk memberi fokus pada perniagaan.

Alif Teega tak tahu

Dia berkata demikian setelah ditanya oleh beberapa warganet menerusi hantaran di platform Instagram kerana pelik melihat kemesraannya bersama Aisyah.

Alif turut bertanya kepada warganet dari mana mereka mendengar mengenai isu perceraian itu.

Katanya lagi, isterinya juga tidak membuat sebarang hantaran di media sosial dan dia sama sekali tidak memberitahu di mana-mana platform.

“Dapat dari siapa cerita? Alif takda cakap. Aisyah pun takda post apa-apa,”jawabnya.

image is not available
image is not available

Terdahulu, Aisyah mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap Alif di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Ogos lalu.

Dia bagaimanapun enggan berkongsi lanjut punca tindakan tersebut diambil.

Untuk rekod, Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017. Pasangan ini memiliki tiga orang cahaya mata.

image is not available

Sementara pada November tahun lalu, Alif pula mengakui sudah berkahwin kali kedua dengan Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung anak ketiga.

Sumber: Instagram alifteega