Isu Dakwaan Persenda Agama Hindu: Saifuddin Puji Tindakan 3 Penyampai Radio EraFM Mohon Maaf

LocalPolitics
6 Mar 2025 • 8:52 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai isu tiga penyampai radio EraFM iaitu Azad Jasmine, Nabil Ahmad dan Radin yang didakwa mempersendakan upacara agama Hindu.

Sedar akan perkara itu, ketiga-tiga mereka tampil menerusi satu video yang dimuat naik akaun media sosial Era memohon maaf secara terbuka dan mengakui kekhilafan yang telah dilakukan.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah pergi ke Batu Caves untuk bertemu beberapa individu di sana untuk meminta maaf atas perkara berkenaan.

Saifuddin puji tindakan tiga penyampai radio EraFM mohon maaf

Terbaharu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memuji tindakan Nabil, Azad dan Radin yang memohon maaf susulan isu berkenaan.

Saifudin bagaimanapun berkata, dari segi undang-undang mereka tetap akan disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, sudah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk menyiasat kes itu memandangkan laporan sudah dibuat.

“Memohon maaf itu satu perkara yang baik kerana mereka menyedari perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan tetapi proses undang-undang mesti bermula dengan setiap aduan perlu disiasat.

“Soalnya ‘damage is done’ dan kesan dia adalah mereka yang tersinggung atau terasa,” katanya dipetik Harian Metro.

Jadikan pengajaran, perlu sensitif dengan agama lain

Menurutnya dalam konteks hubungan kaum, kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia, insiden itu memberi satu pengajaran supaya setiap rakyat di negara ini sentiasa sensitif dengan agama lain.

“Kita kena bersikap begitu barulah hidup dalam rukun damai. Dalam kes ini, biarlah proses (siasatan) mengambil tempatnya,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan salah seorang daripada penyampai radio itu menari sebelum kedengaran laungan ‘Vel! Vel!’ sambil bergelak ketawa.

Tindakan mereka itu telah mendapat perhatian ramai khususnya penganut agama Hindu yang merasakan seolah-olah ritual agama mereka dipersenda.

Astro Audio mohon maaf & gantung tugas 3 penyampai radio termasuk 2 kakitangan

Pihak Astro Audio juga dalam satu kenyataan telah memohon maaf dan menggantung Nabil, Azad dan Radin bersama dua lagi kakitangan sehingga diberitahu kelak.

Pada masa yang sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, menjelaskan pihaknya telah membuka kertas siasatan susulan enam laporan polis telah diterima berhubung insiden berkenaan.

Source: