Isu e-waste: Ketua Pengarah JAS, timbalan dibebas dengan jaminan

LocalPolitics
6 Feb 2026 • 3:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketua Pengarah JAS dan timbalannya yang direman tujuh hari untuk siasatan SPRM berkaitan kes pengurusan sisa e-waste dibebaskan dengan jaminan pada Khamis.- Gambar hiasan
image is not available
Azam

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya yang direman tujuh hari untuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes pengurusan sisa elektronik (e-waste) dibebaskan dengan jaminan pada Khamis.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kedua-dua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka dirakam dalam tempoh reman.

“Siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan dijangka disiapkan dalam tempoh dua minggu ini,” katanya pada Jumaat.

**media[3426193]**

Media sebelum ini melaporkan ketua pengarah terbabit bersama timbalannya ditahan SPRM selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, 29 Januari lalu.

Kedua-dua individu kemudian direman bermula 30 Januari untuk siasatan di bawah peruntukan Akta SPRM 2009.

Siasatan dijalankan bagi meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Siasatan SPRM bermula sejak 19 Januari lalu turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170,000 selain tindakan pembekuan satu akaun syarikat bernilai kira-kira RM700,000 dan satu lagi akaun milik individu bernilai kira-kira RM300,000.

Berikutan itu, melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste Dalam Negara Bil 2/2026, pengimportan sisa itu diklasifikasikan mengikut kategori Larangan Mutlak mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 berkuat kuasa 4 Februari lalu.

Keputusan itu dicapai sebagai langkah memperketatkan kawalan kemasukan sisa berbahaya dan melindungi alam sekitar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved