Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten

18 Nov 2023 • 10:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
AGC telah memberi pandangan secara konsisten sejak 2022 bahawa peruntukan berkaitan generasi penamat atau GEG dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam boleh dicabar di mahkamah. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memberi pandangan secara konsisten sejak 2022 bahawa peruntukan berkaitan generasi penamat atau GEG dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam boleh dicabar di mahkamah.

Kenyataan AGC pada Sabtu memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

"...peruntukan itu mewujudkan layanan undang-undang yang tidak sama di antara seseorang yang dilahirkan sebelum 1 Januari 2007 dan seseorang yang dilahirkan pada dan selepas 1 Januari 2007,” katanya.

AGC merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang disiarkan dalam portal badan pemerhati kesihatan CodeBlue pada 14 November lepas dan portal akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times pada 16 November lepas.

Khairy mendakwa AGC telah memberikan keizinan kepada rang undang-undang itu ketika dibawa ke Parlimen pada tahun lepas sebelum membuat keputusan mendadak untuk menggugurkannya.

Beliau mendakwa tindakan menggugurkan rang undang-undang itu dilakukan susulan tekanan politik berbanding kebimbangan terhadap kesahihannya dari segi perlembagaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved