Isu GISBH: Siasatan Dapati 13 Penghuni Bawah 18 Tahun Jadi Mangsa Liwat

LocalPolitics
13 Sep 2024 • 6:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, beberapa hari lalu, tular dakwaan mengenai Syarikat GISB Holdings mengajar kanak-kanak untuk meliwat, dipaksa meliwat kanak-kanak yang lain dan turut diliwat penjaga mereka sendiri.

Biarpun menafikannya, siasatan mendapati terdapat 13 penghuni bawah 18 tahun telah menjadi mangsa kesalahan seksual atau liwat.

Ia difahamkan selepas pihak berkuasa melakukan serbuan di rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan pada 2 hingga 11 September 2024.

Sekadar info, kanak-kanak yang tidak sihat juga difahamkan tidak diberi rawatan di klinik kecuali sudah kritikal selain digunakan untuk menagih simpati ramai bagi mendapatkan derma.

image is not available 4 days ago

[Kes Rumah Amal Global Ikhwan] "Kanak-Kanak Diajar Cara Meliwat Rakan Sendiri, Turut Diliwat Penjaga" - KPN