Isu harga saham jatuh teruk, Silver Ridge sangkal ada kaitan peletakan jawatan tiga pengarah serentak

LocalBusiness & Finance
29 Jun 2026 • 2:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Isu harga saham jatuh teruk, Silver Ridge sangkal ada kaitan peletakan jawatan tiga pengarah serentak Image from: Isu harga saham jatuh teruk, Silver Ridge sangkal ada kaitan peletakan jawatan tiga pengarah serentak amree29/06/2026 - 14:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 JunSilver Ridge Holdings Berhad menafikan kejatuhan teruk harga saham syarikat itu ada kaitan dengan peletakan jawatan tiga pengarah eksekutif yang diumumkan pada 26 Jun 2026.

 

Ia susulan pertanyaan daripada Bursa Malaysia berhubung Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA), dan kumpulan berkenaan turut menegaskan tidak mengetahui sebarang perkembangan korporat yang lain ketika itu.

 

Justeru ujarnya, selain berita pengunduran pengarah itu serentak baru-baru ini, pihaknya tiada apa-apa maklumat semasa yang belum diumumkan sehingga boleh menjelaskan kejatuhan harga saham tersebut.

 

"Lembaga Pengarah sudah membuat pertanyaan sewajarnya kepada semua pengarah, pemegang saham utama serta pihak berkaitan sebelum memberikan penjelasan kepada Bursa Malaysia," kata Silver Ridge.

 

Pada masa sama, syarikat tersebut mengakui tiada sebarang maklumat perkembangan korporat berkaitan perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang belum diumumkan boleh menyumbang kepada dagangan UMA itu.

 

Di samping itu, syarikat turut memaklumkan tidak mengetahui sebarang rundingan atau perbincangan korporat yang sedang berjalan sehingga boleh mempengaruhi pergerakan harga sahamnya minggu lalu.

 

Silver Ridge_DagangNews2026

 

Selain itu, Silver Ridge tidak mengetahui sebarang khabar angin atau laporan spekulasi berkaitan perniagaan dan hal ehwal kumpulan tersebut yang boleh menjelaskan aktiviti dagangan luar biasa berkenaan.

 

"Malah, lembaga pengarah kumpulan ini turut menyatakan yang mereka langsung tidak mengetahui sebarang kemungkinan lain yang boleh menyebabkan kejatuhan mendadak harga saham syarikat," katanya.

 

Pertanyaan UMA itu dikeluarkan oleh Bursa Malaysia selepas operator pasaran tersebut mengambil perhatian terhadap kejatuhan ketara harga saham syarikat berkenaan dalam dagangan pada 29 Jun 2026.

 

Bursa Malaysia berkata, penjelasan daripada Silver Ridge tersebut memang diperlukan dalam usaha membolehkan pelabur dapat membuat segala keputusan pelaburan yang lebih tepat dan berinformasi.

 

Dalam pada itu, Silver Ridge turut menegaskan syarikat sentiasa mematuhi Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia, khususnya Perenggan 9.03 yang berkaitan kewajipan pendedahan segera.

 

"Makluman ini memberi jaminan kepada pelabur yang setakat ini tiada sebarang maklumat disembunyikan berhubung kejatuhan harga saham, dan kekal mematuhi semua keperluan," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved