Isu individu jangan heret kaum dan agama, Yuneswaran seru rakyat berfikir secara adil

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 7:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isu yang melibatkan individu tidak seharusnya dikaitkan secara berlebihan dengan kaum atau agama sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Seru orang ramai nilai sesuatu perkara secara adil

Timbalan Menteri Perpaduan, Yuneswaran Ramaraj menyeru orang ramai supaya menilai sesuatu perkara secara adil dan berdasarkan fakta, selain memberi ruang kepada pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada majlis minum petang bersama pengamal media sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka dalam menyampaikan mesej perpaduan sepanjang hampir 11 bulan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Image from: Isu individu jangan heret kaum dan agama, Yuneswaran seru rakyat berfikir secara adil

Isu dasar dan jenayah jangan disalah tafsir

Menurut Yuneswaran, terdapat isu yang sering dikaitkan dengan kaum atau agama, sedangkan perkara itu sebenarnya melibatkan dasar kerajaan, jurang ekonomi, masalah sosial atau jenayah.

“Sebenarnya, isu perpaduan ini tiada langsung berkaitan dengan 3R.
“Ramai yang salah tafsir, dengan mengatakan semua yang berlaku ada kaitan dengan 3R. Sebenarnya, ia adalah isu-isu kebanyakannya berkaitan dengan dasar kerajaan. Ada kemungkinan kadang-kadang berkaitan isu economic disparities, jurang ekonomi antara kaum dan intra-kaum.
“Isu-isu sosial dan isu-isu jenayah ini biasanya dikaitkan dengan sesuatu kaum atau agama dan itulah menjadi  isu perkauman,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa isu sedemikian perlu dilihat berdasarkan konteks sebenar dan tidak seharusnya dijadikan punca perselisihan antara masyarakat.

“Padahal itu adalah isu dasar, isu jenayah, isu sivil. Sebenarnya kita melihat dari segi undang-undang,” katanya.

Susulan daripada itu, beliau berharap pengamal media dapat terus membantu menyampaikan maklumat yang tepat serta mengelakkan pelaporan yang boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama.

Image from: Isu individu jangan heret kaum dan agama, Yuneswaran seru rakyat berfikir secara adil

Perpaduan tanggungjawab semua pihak

Yuneswaran turut menekankan kepentingan kempen Bersama Membina Negara Bangsa Kita serta pelaksanaan program seperti Rukun Negara dan Minggu Perpaduan dalam memupuk semangat kebersamaan.

Menurutnya, sambutan perayaan seperti Deepavali, Krismas, Tahun Baharu Cina dan Hari Raya juga menjadi peluang untuk rakyat saling mengenali, memahami serta menghormati perbezaan budaya dan kepercayaan.

“Perbezaan pandangan tu kami alu-alukan kalau ada cadangan pandangan daripada masyarakat umum berkait dengan perpaduan, program-program aktiviti kementerian perpaduan sentiasalah mengalu-alukan perkara ni,” katanya.

Beliau juga menyebut bahawa Kementerian Perpaduan Negara (KPN) terus menggalakkan usaha memupuk semangat perpaduan ini sejak di peringkat awal melalui Tabika Perpaduan serta Kelab Rukun Negara di institusi awam dan swasta.

Justeru itu, Yuneswaran berharap masyarakat dapat terus mengutamakan kepentingan negara, selain mengelakkan isu melibatkan individu daripada diperbesarkan sehingga mencetuskan ketegangan kaum atau agama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved