Isu infra berpanjangan boleh jejas masa depan

LocalPolitics
10 Jun 2025 • 8:53 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Kelemahan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih yang berlarutan di Sabah boleh menjejaskan masa depan negeri, termasuk sektor pendidikan dan pelaburan asing.

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, isu gangguan bekalan air yang berpanjangan, termasuk di institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS) membebankan mahasiswa.

Katanya, dalam beberapa pertemuan dengan penuntut universiti, mereka telah menyuarakan kebimbangan terhadap perkara ini dan mereka terpaksa membeli air mineral atau bergantung kepada sumbangan semata-mata untuk mandi dan minum.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan, malah mengganggu fokus mereka dalam menuntut ilmu,” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian selepas menyempurnakan Program Apresiasi dan Sumbangan Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Menurutnya, permasalahan air di negeri ini telah berlarutan selama bertahun-tahun dan ia berpunca daripada kelemahan pengurusan, termasuk Jabatan Air Negeri Sabah.

Katanya, beberapa langkah pembaikan pernah diambil sebelum ini seperti menamatkan kontrak konsesi dan menyerap lebih 1,000 pekerja kontrak ke dalam jabatan berkenaan, namun isu ini tetap tidak selesai.

“Isu berkaitan infrastruktur asas seperti ini bukan hanya melibatkan keselesaan hidup rakyat, malah memberi kesan terhadap pelaburan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, pada majlis berkenaan, Mohd Shafie turut menyentuh mengenai kenaikan mendadak harga silinder gas yang kini mencecah lebih RM70 seunit.

“Sabah adalah pengeluar gas kedua terbesar selepas Sarawak. Tidak sepatutnya rakyat kita sendiri menanggung beban kos yang tinggi.

“Saya akan membawa isu ini ke sesi perbahasan Parlimen akan datang bagi mencadangkan penyelesaian terbaik berhubung perkara ini,” jelasnya.

Sementara itu dalam program berkenaan, lebih 100 pelajar cemerlang SPM 2024 dari seluruh daerah Semporna diraikan.

Menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai, Mohd Shafie berkata beliau akan terus memberikan komitmen berterusan bagi membantu memajukan sektor pendidikan di negeri ini.

Beliau turut menyeru agar semua pihak terus berganding bahu dan tidak meminggirkan pemimpin setempat dalam usaha membangun sektor ini.