
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan, pihaknya menyerahkan kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu kalimah Allah sebaik mungkin.
Katanya, beliau percaya akan ada taklimat membabitkan Majlis Raja-Raja berhubung isu berkenaan.
“Saya percaya isu tersebut (kalimah Allah) sudah pun diselesaikan dengan baik dan saya rasa eloklah kita selesaikan di situ dan tidak ada isu timbul.
“Kita serahkan kepada pihak kerajaan untuk selesaikan perkara ini kerana kita percaya akan ada satu taklimat pada mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung perkembangan isu penggunaan kalimah Allah sempena Majlis Minum Petang Bersama Media di Bukit Aman hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL.

