Isu Kandungan Palestin Diturunkan, Fahmi Fadzil Jumpa Wakil Meta & TikTok

9 Nov 2023 • 10:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan wakil penyedia platform media sosial TikTok dan syarikat konglomerat Meta bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan.

Bangkitkan isu berkaitan Palestin

Menerusi hantaran di Facebook beliau, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu ialah isu kandungan berkaitan Palestin yang diturunkan daripada TikTok, kegiatan judi dalam talian dan strategi coordinated inauthentic behaviour (CIB – tingkah laku tidak tulen terselaras) dalam platform itu.

“Dalam perbincangan itu beberapa aduan dan isu utama melibatkan dua platform telah saya bangkitkan dan minta TikTok serta Meta untuk mengambil tindakan segera.

“TikTok dan Meta beri komitmen untuk beri kerjasama lebih rapat dan erat untuk selesaikan isu-isu yang berbangkit,” katanya.

Susulan daripada pertemuan tersebut, beliau mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membuat teguran keras kepada TikTok dan Meta selain mengaturkan pertemuan dengan penyedia platfrom media sosial itu untuk berbincang mengenai isu berkenaan.

TikTok dan Meta juga menunjukkan komitmen untuk memberi kerjasama lebih rapat dan erat bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved