Isu Kemalangan Maut Malaysia Drag Bike National ET Record Championship Road Tour 2023

6 Sep 2023 • 11:00 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seluruh warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelumba drag Allahyarham Hattem Rashid yang meninggal dunia selepas terlibat dengan nahas kemalangan semasa menyertai acara Malaysia Drag Bike National ET Record Championship Road Tour 2023 pada 3 September 2023 di Litar Pekan Speedway, Pekan, Pahang.

PJS memandang serius perkara ini dan semakan awal mendapati kejohanan tersebut tidak mendapat sanksi Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) selaku badan pengelola sukan bermotor di Malaysia. Sehubungan itu, PJS akan menjalankan siasatan terperinci di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] sama ada terdapat sebarang pelanggaran Akta.

Semua pihak diseru untuk mendapatkan status penganjuran acara sukan yang disertai dengan pihak PJS bagi memastikan semua aspek keselamatan dititikberatkan. PJS sentiasa bekerjasama dengan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) bagi memastikan keselamatan aktiviti sukan bermotor sentiasa terpelihara.

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut orang ramai boleh merujuk kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) menerusi talian 03-8994 4800 atau e-mel pps_hq@kbs.gov.my

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved