Isu kemudahan awam, kebersihan antara aduan penduduk Putra Heights

24 Jun 2026 • 7:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Isu kemudahan awam, kebersihan antara aduan penduduk Putra Heights

SHAH ALAM, 24 JUN: Isu berkaitan kemudahan awam dan kebersihan dibangkitkan penduduk ketika Jelajah DUN Kota Kemuning di kawasan Putra Heights baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning, S Preakas berkata beliau turun padang meninjau sendiri keadaan di Putra Avenue Sektor A dan B serta kawasan Putra Crest selain mendengar pandangan penduduk setempat.

Beliau berkata, lawatan itu memberi peluang untuk mengenal pasti pelbagai isu yang memerlukan perhatian pihak berkaitan demi meningkatkan kesejahteraan komuniti.

"Antara isu utama yang dibangkitkan ialah kemudahan pejalan kaki yang tidak diselenggara dengan baik, kemudahan taman yang rosak, serta pengurusan pengutipan sisa pepejal tidak teratur," katanya menerusi hantaran Facebook.

Selain itu, penduduk juga menyuarakan kebimbangan terhadapan kawasan lapang yang kurang pemantauan sehingga ditumbuhi rumput dan lalang.

"Kawasan lapang yang kurang pemantauan berpotensi menjadi habitat kehidupan liar yang boleh mengancam keselamatan penduduk," katanya.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan segala aduan dan pandangan akan dibawa kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan demi kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved