‘Isu kenaikan harga lebih utama berbanding larangan merokok’

12 Jul 2022 • 1:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Usaha menangani isu kenaikan harga barangan dan kos sara hidup rakyat lebih utama berbanding komitmen mengharamkan sebarang aktiviti merokok dan pemilikan tembakau atau rokok elektronik bagi generasi yang lahir selepas tahun 2005.

Mengulas usaha Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang akan membawa usul berkenaan, Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan (gambar) berkata, walaupun usaha itu baik namun kebajikan rakyat harus didahulukan.

Katanya, kadar inflasi dan kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan meningkat hingga menjejaskan rakyat marhaen, khususnya yang berpendapatan rendah dan warga miskin.