Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW

LocalCars
6 Aug 2026 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW

image.png

BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi atau caj tambahan ke atas kenderaan elektrik (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.

Bagaimanapun, pihak syarikat menyambut baik sekiranya kerajaan mendapatkan maklum balas industri kerana transformasi ke arah mobiliti elektrik hanya boleh dicapai menerusi kerjasama semua pihak.

Pengarah Urusannya, Benjamin Nagel, mengakui pembangunan infrastruktur pengecasan amat penting bagi mempercepatkan penggunaan EV.

image.png

"Kita perlu mencari langkah yang tepat bersama kerajaan. Selain levi, proses kelulusan dan pembangunan infrastruktur juga perlu dipermudah supaya pemasangan kemudahan pengecasan dapat dipercepatkan," katanya kepada media selepas pelancaran BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro di sini, hari ini.

image.png

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kerajaan sedang mempertimbangkan mekanisme untuk mengenakan caj ke atas setiap kenderaan elektrik (EV) yang dijual bagi mewujudkan tabung pembinaan rangkaian pengecas awam di seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved